Sony Xperia M2 Aqua - Pemasangan

background image

Pemasangan

Berhati-hati agar tidak membuka penutup belakang peranti secara tidak sengaja semasa

membuka penutup slot SIM micro dan kad ingatan. Penutup belakang tidak boleh dikeluarkan

dalam sebarang keadaan sekalipun.

Jangan terkeliru antara slot kad SIM mikro dengan slot kad ingatan. Memasukkan kad di slot

yang salah boleh merosakkan kedua-dua kad dan peranti anda.

Untuk memasukkan kad SIM mikro

1

Tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan kad memori.

2

Masukkan kad SIM mikro ke dalam slot kad SIM mikro .

3

Pasang semula penutup.

7

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memasukkan kad ingatan

1

Buka penutup slot kad SIM mikro dan slot kad ingatan.

2

Masukkan kad ingatan ke dalam slot ingatan dengan sesentuh berwarna emas

menghadap ke bawah, kemudian pasang semula penutup slot kad ingatan.

Untuk mengeluarkan kad SIM mikro

1

Tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan kad memori.

2

Tekan kad SIM mikro ke dalam, kemudian lepaskannya dengan cepat.

3

Pasang semula penutup.

Untuk mengeluarkan kad memori

1

Matikan peranti dan tanggalkan penutup slot kad SIM mikro dan kad memori.

2

Tekan kad memori ke dalam, kemudian lepaskannya dengan cepat.

3

Pasang semula penutup.

Anda juga boleh mengeluarkan kad ingatan itu tanpa mematikan peranti dalam langkah 1.

Untuk menggunakan kaedah ini, anda mestilah menyahlekapkan kad memori itu dahulu di

bawah

Tetapan > Storan > Nyahlekapkan kad SD kemudian ikut arahan seterusnya di atas.