Widget
Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Utama
anda. Ia juga berfungsi sebagai jalan pintas. Sebagai contoh, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas terus pada skrin Utama anda. Tetapi
apabila anda ketik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh memuat turun
widget tambahan daripada Google Play™.
Untuk menambahkan widget pada Skrin utama
1
Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar,
kemudian ketik
Widget & Aplikasi.
2
Cari dan ketik widget yang ingin anda tambahkan.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian lepaskan widget. Jika widget
boleh disaiz semula, contohnya widget Kalendar, maka bingkai yang diserlahkan
dan titik pensaizan semula akan kelihatan.
2
Seret titik itu ke bahagian dalam atau ke luar untuk mengecilkan atau
mengembangkan widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana sahaja pada Skrin
utama.
Untuk mengalihkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian seretnya ke lokasi baru.
Untuk mengalih keluarkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian seretnya ke .