Sony Xperia M2 Aqua - Menggunakan perkhidmatan lokasi

background image

Menggunakan perkhidmatan lokasi

Perkhidmatan lokasi membolehkan aplikasi seperti Peta dan kamera menggunakan

maklumat daripada rangkaian mudah alih dan Wi-Fi® serta maklumat Sistem

Kedudukan Sejagat (GPS) untuk menentukan kedudukan anggaran anda. Jika anda

tidak berada dalam garisan penglihatan jelas satelit GPS, peranti anda boleh

menentukan lokasi anda menggunakan fungsi Wi-Fi®. Dan jika anda tidak berada dalam

liputan rangkaian Wi-Fi®, peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan

rangkaian mudah alih anda.
Untuk menggunakan rangkaian anda bagi mengetahui lokasi anda berada, anda perlu

mendayakan perkhidmatan lokasi.

Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila anda bersambung ke Internet dari

peranti anda.

Untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lokasi, kemudian ketik suis hidup-mati sewajarnya

untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi.

3

Jika anda memilih untuk mendayakan perkhidmatan lokasi dalam langkah 2, ketik

Setuju untuk mengesahkan.

Memperbaik ketepatan GPS

Pada kali pertama anda menggunakan GPS pada peranti anda, ia boleh mengambil

masa 5 hingga 10 minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu carian, pastikan

anda mempunyai pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan jangan lindungi antena

GPS (kawasan yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS boleh melepasti awan dan

plastik, tetapi tidak melalui objek pejal seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda

tidak dijumpai selepas beberapa minit, bergerak ke lokasi lain.